Parodi Nadia Brian Jadi Datin Shahida, Ramai Setuju Muka Mereka Sama

Selepas kira-kira sebulan menamatkan zaman bujangnya, Nadia Brian kembali meraih perhatian ramai selepas memuatnaik satu video parodi dirinya yang berlakon menjadi isteri Datuk Alif Syukri, Datin Shahida. Video parodi Nadia Brian jadi Datin Shahida itu dikongsikannya melalui laman Instagram milik pelakon itu.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh pelakon berbakat itu, ada orang cakap mukanya seiras dengan Datin Shahida. Oleh itu dia mencuba untuk melakukan parodi berkenaan yang kemudiannya menarik perhatian ramai.

Video tersebut dikongsikannya semalam dan telah meraih lebih 38,000 tontonan. Jika dilihatkan pada gaya dengan pemakaian tudung bawal dan solekannya memang nampak seiras dengan Datin Shahida.

Berikut adalah video parodi yang dikongsikan oleh pelakon ini:

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

First time buat parody! Ramai sangat dah cakap muka Nadia sama dengan Datin @shahidadherbs bila pakai tudung bawal😍 Sorry Datin! Sama ke guys? Comment sikit! 😜 #nadiabrian #siscuba 📸 @hafiztaharim

A post shared by Nadia B 🍒 (@nadia.brian) on

Sudahlah muka sama, gaya bercakap pun sebijiklah! Terbaik lakonannya biar pun baru pertama kali menghasilkan parodi.

Video parodi Nadia Brian jadi Datin Shahida turut menarik perhatian empunya diri tersebut dan mengakui sememangnya ada ramai yang mengatakan muka mereka sama.

Di ruangan komen juga rata-rata rakan selebriti dan netizen turut akui Nadia Brian ada iras Datin Shahida dan memuji penampilannya yang bertudung.

Berikut adalah beberapa komen yang ditulis oleh netizen dan rakan selebriti:

“So sama!! Hahahha pandai u buat”

“Hahahha samaaa! Cute laaa awak”

“Cantiknya akak Nadia pakai tudung”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Parodi Nadia Brian Jadi Datin Shahida, Ramai Setuju Muka Mereka Sama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*