“Kami masih berhubung… bercinta balik tak mungkin!”-Selepas gag4l Bercinta dengan Manusia, Luqman Faiz mula Mencintai Gim ?

PENYANYI Luqman Faiz berkata dia mula mengunjungi pusat kecergasan atau gimnasium setelah pvtus cinta dengan kekasih pada tahun lalu.

Menurut Luqman, 20, dia mengisi masa terluang dengan bersenam supaya lebih positif dan dalam masa sama dapat melupakan kesedihan itu.

“Selepas putvs cinta pada tahun lalu, dua tiga minggu juga saya melayan per4saan, jadi saya cuba atasi dengan pergi gim dan habiskan masa dengan menyertai aktiviti sihat.

“Selain dapat lepaskan perasaan di situ, secara tak langsung dapat menjaga kesihatan b4dan. Alhamdulillah, sekarang ini b4dan jadi lebih ringan dan st4mina di atas pentas lebih baik,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, penyanyi lagu Kepur4anmu ini berkata mereka masih bersahabat baik.

Luqman tidak terfikir untuk kembali bercinta dengan bekas kekasih.

“Walaupun dah pvtus kami masih berbaik… kami menjalankan perniagaan tudung bersama di bawah jenama Daunshawl, jadi kita kena profesional apabila membabitkan soal kerja.

“Sebelum ini dia merupakan orang paling rapat dengan saya, jadi kepercayaan itu dah ada dan masing-masing pun faham antara satu sama lain.

“Kebiasaannya kalau ada urusan kerja baru kami berhubung, soal perib4di yang lain saya tak ikut campur. Andai kata dia bercinta kembali dengan orang lain, kami tetap akan teruskan bisnes ini,” ujarnya.

Luqman mahu fokus karier dan pengajiannya di universiti.

Memasuki tahun 2020, Luqman berkata dia ingin fokus dengan karier seni dan menamatkan pengajian diploma di sebuah universiti awam mengikut waktu yang ditetapkan.

Malah, dia juga enggan lagi memikirkan tentang cinta dan berharap episod hitam yang lalu tidak berulang kembali.

“Nak bercinta balik rasanya memang tak ada, buat masa ini biarlah saya fokus dengan karier seni, famili dan bisnes.

“Paling penting sekarang adalah pengajian saya, kira-kira dua tahun lagi untuk saya akan tamatkan diploma, soal cinta tu letak tepi dululah!,” ujarnya.

 

Be the first to comment on "“Kami masih berhubung… bercinta balik tak mungkin!”-Selepas gag4l Bercinta dengan Manusia, Luqman Faiz mula Mencintai Gim ?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*