PU Abu tenang jawab tuduhan isteri, – “Spekulasi semata-mata, mungkin faktor emosi orang mengandung”

PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan menafikan tuduhan isterinya iaitu Hana Azraa yang mendakwa kononnya dia bermain k4yu tiga sewaktu wanita itu sedang hamil.

Menurut PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi, maklumat yang disebarkan isterinya itu adalah spekulasi semata-mata.

Malah, Abu menyifatkan perbuatan isterinya itu sebagai melulu kerana bertindak berdasarkan emosi ketika hamil.

“Saya mengambil maklum berhubung berita yang viral semalam membabitkan diri dan isteri saya.

Hana memberi bayangan kononnya suaminya PU Abu berlaku cur4ng terhadapnya.

“Apa yang viral itu adalah spekulasi semata-mata dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar.

“Hakikat yang sebenarnya ialah hal yang melibatkan kecur4ngan tidak berlaku dan hanyalah salah faham, mungkin faktor emosi orang mengandung,” ujarnya.

Tambah Abu, dia juga tidak mengetahui sumber gambar wanita yang dimuat naik isterinya itu malah, dia juga menyifatkan ia sebagai cubaan untuk meng4ibkan seseorang.

Sementara itu menerusi kenyataan di Instagram, Abu berkata dia akan menjelaskan situasi sebenar selepas pulang daripada bertugas di Tanah Suci Makkah.

“Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba meng4ibkan seseorang.

Hakikat yang sebenarnya ialah hal yang melibatkan kecur4ngan tidak berlaku dan hanyalah salah faham, mungkin faktor emosi orang mengandung.
HANA AZRAA
ISTERI PU ABU

“Saya kini berada dan bertugas di Makkah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini.

“InshaAllah, saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita viral tersebut,” ujarnya pada Ahad.

Dalam pada itu, Abu juga menjelaskan meskipun terpalit pelbagai kontr0versi melibatkan kecur4ngan sebelum ini, namun dia nekad untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik.

“Saya mohon agar pihak media tidak lagi menyiarkan atau membuat susulan berita sehingga saya mengeluarkan kenyataan sebenar (amalkan sikap bertabayyun yakni dapatkan daripada sumber sebenar).

“Berita viral seumpama ini tidak wajar tersiar kerana ia melibatkan m4ruah dan emosi keluarga banyak pihak (saya dan sebelah keluarga isteri) yang mereka tidak mengetahui latar belakang sepenuhnya isu ini.

Abu menyifatkan tindakan Hana sebagai melulu kerana faktor emosi ketika hamil.

“Kalau MK pun Caprice kata boleh berubah takkan aku tak boleh,” katanya.

Terdahulu, isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Hana mendakwa wanita tersebut dipercayai adalah kekasih hati suaminya yang baharu.

“Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen Instagram miliknya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum dan salam tabaiyyun 🥰 Sy mengambil. Maklum berhubung berita yg viral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya. Apa yang terviral adalah spekulasi semata2 dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar.Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang. . Saya kini berada dan bertugas di Mekah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini. Inshaa allah saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita viral tersebut. Harap rakan media boleh bersabar.Tetapi hakikat yang sebenarnye…hal yang melibatkan KECURANGAN tidak berlaku dan hanyalah salah faham. . Saya mohon agar pihak media tidak lagi menyiarkan atau membuat susulan berita sehingga saya mengeluarkan kenyataan sebenar (amalkan sikap bertabayyun yakni dapat kan dari sumber sebenar). Berita viral seumpama ini tidak wajar tersiarckerana ia melibatkan maruah dan emosi keluarga banyak pihak (saya dan sebelah keluarga isteri) yg mereka tidak mengetahui latar belakang sepenuhnya isu ini. Sekian terima kasih. Muhammad Abu Sufyan Mekah 26/1/2020 6.00 am

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : mStar

Be the first to comment on "PU Abu tenang jawab tuduhan isteri, – “Spekulasi semata-mata, mungkin faktor emosi orang mengandung”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*