Pengarah ‘Tom And Jerry’ Dilapor Men1nggal Dunia Pada Usia 95 Tahun

Pengarah rancangan kartun popular ‘Tom and Jerry’, Gene Deitch, dilaporkan telah men1nggal dunia pada malam Khamis lalu di apartment miliknya di Prague.

Penerbitnya dari Czech, Petr Himmel, mengesahkan berita itu kepada The Associated Press. Dia menjelaskan bahawa kem4tian bintang berusia 95 tahun itu adalah tanpa diduga.

Menurut laporan Metro.Uk, Gene atau nama sebenarnya, Eugene Merrill Deitch dikenali kerana mencipta kartun animasi seperti ‘Munro’, ‘Tom Terrific’, ‘Nudnik’ dan juga ‘Popeye’.

Gambar: Metro Uk

Menyelusuri serba sedikit kisah hidup mendiang, beliau pernah bekerja sebagai pelukis untuk Penerbangan Amerika Utara sejurus selepas tamat belajar sebelum dilantik sebagai tentera dan memasuki latihan juruterbang.

Beliau juga dicalonkan untuk penghargaan yang sama sebanyak dua kali pada tahun 1964 untuk ‘Here Nudnik’ dan ‘How to Avoid Friendship’.

Sumber: Metro.UK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Siakap Keli

Be the first to comment on "Pengarah ‘Tom And Jerry’ Dilapor Men1nggal Dunia Pada Usia 95 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*