“Kalau Saya Bising Pun Bukan Duit Turun Dari Langit” – Akui Pendapatan Sebagai Anak Seni Terk3san, Nabila Huda Belajar Bersyukur

Sejak wab4k COV1D-19 mel4nda dunia, banyak negara mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Salah satunya adalah Malaysia yang mahu memutuskan rantaian pand3mik global tersebut.

Lantas banyak sektor mula melakukan ‘the new norm’ dengan melaksanakan tanggungjawab bekerja dari rumah.

Ternyata salah satu cabang kerja yang terg3ndala dan tidak mungkin dilaksanakan sepanjang tempoh PKP adalah dunia hiburan.

Persembahan atau penggambaran sama sekali dihentikan sejak lebih sebulan lalu.

Aktres prolifik, Nabila Huda saat berbicara dengan Gempak menerusi segmen Instagram Live #ArtisDudukDiam pada Rabu mengakui sudah sebulan tidak menjalani penggambaran.

Hal itu membuat Nabila yang mesra dipanggil Abil ini tidak mempunyai pendapatan baharu.

Namun, dia memilih untuk menjalani hidup seperti masyarakat lain umumnya dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan caranya sendiri.

“Betul, kami (pelaku seni) memang terk3san dari segi pendapatan sejak v1rus C0rona mel4nda dan PKP dilaksanakan.

“Saya berhenti menjalani penggambaran dua hari setelah PKP dilaksanakan dan tak tahu bila akan kembali menyambung pekerjaan.

“Tapi saya fikir buat apa nak beritahu semua orang kita ada masalah atau tak ada duit atau bising kepada pihak tertentu misalnya. Kalau saya bising pun duit bukan turun dari langit,” kata Nabila.

Anak rockers Amy Search itu juga mengaku musibah yang terjadi membuatkan dirinya lebih sedar dan bersyukur dengan apa yang ada.

“Saya orang yang ringkas. Kalau saya kata saya bukan artis yang kaya nanti orang tak percaya.

“Tapi sejak dulu saya memang tidak hidup mewah. Adalah tabungan sikit-sikit. Jadi bila hal seumpama ini terjadi, kami belajar bersedia dan sangat bersyukur.

“Apa yang ada kita makan, tak ada jangan bising-bising, banyak lagi orang lain yang susah dari kita,” katanya.

Oleh: Maliah Surip

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Kalau Saya Bising Pun Bukan Duit Turun Dari Langit” – Akui Pendapatan Sebagai Anak Seni Terk3san, Nabila Huda Belajar Bersyukur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*