Beli tudung sambil beramal

KUALA LUMPUR: Mengambil keberkatan Ramadan, pelakon, Elfira Loy, 26, menjual tudung sambil beramal. Usaha ini dilakukan bagi membantu mangsa pand3mik COV1D-19.

Elfira bekerjasama dengan jenama tudung dari seberang dalam melakukan projek amalnya itu.

Atas tiket amal, bukan mencari keuntungan, ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia enam bulan melancarkan projek amalnya bermula hari pertama Ramadan.

Koleksi The Maharani Series dilancarkan secara serentak di Indonesia dan Malaysia, hari ini.

Elfira berkata, dia melihat kerjasama yang dijalinkan sebagai satu langkah baik dan sangat bertepatan dengan situasi g3tir yang mel4nda seluruh dunia.

“Saya percaya kita boleh memainkan peranan menyumbang pelbagai cara dalam usaha membantu mangsa COV1D-19 dan mereka yang berdepan dengan kesukaran hidup, ketika ini.

“Saya mendapat tahu jenama tudung itu sudah menyalurkan bantuan termasuk mengagihkan topeng muka dan sumbangan keperluan lain di Indonesia. Kini, mereka ingin memanjangkan bantuan di Malaysia pula.

“Tidak salah, berkongsi rezeki dalam membantu keluarga yang memerlukan. Kita negara serumpun,” katanya yang menjadi selebriti pertama disunting bekerjasama dengan jenama tudung berpangkalan di negara seberang itu.

Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata, dia sudah empat tahun mengenakan hijab. Dalam masa yang sama, beberapa kali dilamar menjadi duta jenama tudung.

“Saya gemar berfesyen dan menyesuai padan gaya bertudung. Bagaimanapun, projek amal yang dilakukan jenama tudung ini membuka pintu hati menyertai mereka sambil beramal,” katanya kepada BH Online.

Mengulas sambutan Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa, Elfira akur dengan arahan kerajaan dalam memutuskan rantaian COV1D-19.

“Saya berbadan dua ketika menyambut Ramadan, tahun lalu. Keterbatasan menyebabkan nikmat Ramadan tidak terlalu dirasai.

“Jadi, saya menantikan Ramadan, kali ini. Namun, siapa sangka, kita diuji dengan wab4k COV1D-19 yang meng4ncam ny4wa. Pastinya, kerinduan terasa apabila tidak dapat solat Tarawih di masjid, selain bazar Ramadan.

“Tak mengapa, saya tak terlalu bers3dih, sambut Ramadan dengan sederhana di rumah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: BH Online

Be the first to comment on "Beli tudung sambil beramal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*