Netizen Dakwa Janna Nick Kahwin Lari Tahun Lalu Di Selatan Thai?

Sedang hang4t bercinta dengan pelakon berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann, sejak semalam tular satu perkongsian di laman Twitter apabila ada individu mendakwa Janna Nick dan kekasihnya itu telah berkahwin di selatan Thailand tahun lalu.

Individu menggunakan nama @munafiqburner turut memuat naik keratan yang memaparkan maklumat peribadi mereka, termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan.

Turut jelas kelihatan menerusi keratan itu mendawak Janna dan Dini telah melangsungkan perkahwinan di daerah Satul iaitu di selatan Thailand pada 10 Jun 2019. Lebih mengejutkan apabila individu itu mendakwa pasangan itu kahwin lari di sana.

Sebelum ini, pada November tahun lalu, Janna mendedahkan dia sedang menjalin cinta dengan Dini. Menurut Janna, hubungan cinta mereka mulai serius semenjak Jun 2019.

Apa pun kita nantikan sahaja penjelasan lanjut daripada kedua belah pihak sendiri mengenai dakwaan tersebut. Diharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi luar berhubung perkara ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Netizen Dakwa Janna Nick Kahwin Lari Tahun Lalu Di Selatan Thai?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*