Ucapan ‘Ramadan Mubarak’ Dari Spongebob Undang Reaksi Menarik

Semalam, rancangan televisyen kanak-kanak yang sangat popular di dunia, SpongeBob SquarePants telah mengukir senyuman dan membawa mesej kedamaian kepada umat Islam di seluruh dunia dengan posting Twitter yang menggambarkan 2 watak utama rancangan itu, Spongebob dan Patrick mengucapkan selamat menyambut Ramadan Mubarak, lengkap dengan pakaian tradisi Melayu.

Ramai warga Twitter beragama Islam termasuklah pelawak terkenal Hasan Minhaj memuji posting dari kartun Hollywood itu yang turut mengambil kira dan memberi penghormatan kepada penonton dan peminat mereka yang beragama Islam.

“Terima kasih saudara Spongebob”

Menurut CEO Emgage, Wa’el Alzayat, representasi media seperti ini sangatlah ditunggu-tunggu dan dihargai oleh umat Islam, sehinggakan gambaran sederhana watak kartun Spongebob dan Patrick meraikan bulan Ramadan dapat membuat orang-orang Muslim di Amerika rasa diberi perhatian, didengari, dan tidak dipinggirkan oleh media Amerika.

Ini kerana gambaran umat Islam di media Amerika sering kali sarat dengan rujukan mengenai keganasan serta pandangan berunsurkan Islamofobia.

Alzayat dan rata-rata umat Islam memuji SpongeBob kerana memberikan contoh yang baik kepada Hollywood dalam menghormati komuniti Islam dan mewakili mereka secara positif.

“BAJU MELAYU, SONGKET…”

“Al SpongeBob ibn SqaurePants”

“Asyhadu alla ilaaha illallah…”

“Spongebob Squaresampin”

“Macam ada yang tak lengkap…”

SpongeBob adalah siri televisyen pada kedudukan tertinggi untuk rangkaian Nickelodeon dan merupakan siri animasi Amerika kelima terpanjang yang telah ditayangkan selama 20 tahun.

Sumber: Twitter, Arab American News

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HCL

Be the first to comment on "Ucapan ‘Ramadan Mubarak’ Dari Spongebob Undang Reaksi Menarik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*