Polis tak halang Ebit Lew serah sumbangan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menghalang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew untuk menyampaikan sumbangan kebajikan kepada individu yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jen4yah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis sememangnya memberi kebenaran untuk beliau (Ebit Lew) berbuat demikian selagi mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, pihaknya ambil maklum tentang kelvhan Ebit Lew apabila terpaksa menghentikan bantuan kebajikan setelah dipanggil pihak Cawangan Khas Bukit Aman.

“PDRM ingin memaklumkan bahawa tujuan polis memanggil Ebit Lew adalah berkaitan reaksi orang ramai terhadap tindakan beliau memaparkan aktiviti kebajikan sepanjang PKP di media sosial dan massa.

“Namun berdasarkan pemerhatian, ramai kalangan masyarakat memberi respon positif dan menyokong tindakan kebajikan yang dilakukan Ebit Lew. Bagaimanapun, terdapat segelintir yang kurang senang dengan tindakan Ebit Lew mempamerkan aktiviti tersebut di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Huzir berkata, setakat ini tiada kertas sias4tan dibuka ke atas pendakwah terkenal terbabit.

Katanya, bagaimanapun PDRM menegaskan bahawa tiada siapa boleh dikecualikan daripada tindakan und4ng-und4ng ke atas sebarang pelanggaran berkaitan PKP.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam melaksanakan apa juga aktiviti, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, penggunaan topeng muka dan cecair pembasmi kum4n.

“Semoga dengan usaha ini, kita dapat memutuskan rantaian jangk1tan pandem1k koronav1rus (Cov1d-19),” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Sinar Harian

Be the first to comment on "Polis tak halang Ebit Lew serah sumbangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*