Status Biasiswa NASA Meragvkan, Azhar Ali Akhirnya Mengaku Ia Tidak Benar

Semalam kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter @theotherazharal ataupun nama sebenarnya Azhar Ali berkongsi kejayaan beliau mendapat biasiswa NASA.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengucapkan tahniah kepada dirinya atas kejayaan yang dikecapi. Malah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh beliau.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PM ucap tahniah kepada pelajar Malaysia yang terima biasiswa NASA ⁣ ⁣ KUALA LUMPUR, 1 Mei — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan tahniah kepada seorang pelajar Malaysia, Azhar Ali, 20, kerana berjaya memperoleh biasiswa daripada National Aeronautics and Space Administration (NASA) Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. ⁣ ⁣ “Kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus berjaya,” kata Muhyiddin menerusi ciapan di Twitter beliau. ⁣ ⁣ Azhar menerusi akaun Twitter beliau semalam memuat naik status bersyukur kerana tidak menyangka akan mendapat tawaran biasiswa itu sebagai ganjaran selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada 2024.⁣ ⁣ Daripada lebih tiga juta orang peserta yang mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis itu, rekaan beliau dilaporkan memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik serta konsisten.⁣ ⁣ Berita selanjut di Bernama.com @muhyiddinyassin_official @nasa @officialmosti @khairykj

A post shared by Bernama (@bernamaofficial) on

Akan tetapi, kesahihan perkongsian tersebut dir4gui oleh netizen dan rata-rata netizen mulai untuk mencari kebenaran disebalik perkongsian tersebut. Terdapat yang mendakwa Azhar Ali berboh0ng akan biasiswa yang diterima dan reka sendiri maklumat tersebut.

Malah, ada yang mendakwa tiada nama beliau dalam website NASA serta syarat untuk sertai program yang dikatakan bersyarat dimana antaranya adalah perlu berwarganegara atau penduduk tetap Amerika Syarikat.

Hari ini, Azhar Ali dalam satu kenyataan menjelaskan perkara sebenar tentan dakwaan netizen. Beliau mengatakan bahawa beliau sertai pertandingan pakaian NASA dalam kategori gred 9-12 dan telah menghantar penyertaan tersebut.

Beliau menerima email mengatakan rekaan beliau terpilih sebagai top 1% pada 2 minggu selepas itu. Kemudian, beliau turut menerima email dari NUS tetapi bukanlah dari domain NUS dan disebabkan rasa mungkin dit1pu membuatkan beliau menghubungi pihak NUS.

Tambah Azhar, beliau juga sudah menghubungi pihak NASA untuk mendapatkan pengesahan sama ada beliau mendapat biasiswa atau tidak di laman rasmi NASA. Beliau juga meminta agar orang ramai berh3nti untuk membuat kenyataan yang tidak benar bagi pihaknya.

Selain itu, beliau tidak akan meminta maaf kerana beliau adalah m4ngsa pen1puan. Sementara itu, beliau berterima kasih kepada anda yang mengucapkan tahniah kepada dirinya sebelum ini.

Pastinya perkara ini mengejutkan ramai pihak dan apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: VOCKET

Be the first to comment on "Status Biasiswa NASA Meragvkan, Azhar Ali Akhirnya Mengaku Ia Tidak Benar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*