“Saya juga mar4h” – MD Kumpulan Jakel mohon maaf isu posting IG adiknya perl3keh orang Melayu kerana tidak faham erti SOP

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata burvk pad4hnya.

Demikian peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi semasa yang menimpa syarikat tekstil gergasi terkemuka negara, Kumpulan Jakel apabila wujud gelombang memb0ikot jenama itu di media sosial.

Ia susulan tularnya paparan Instagram Story adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel iaitu Muzaffar Jakel yang seolah-olah mengh1na orang Melayu.

“Salam Ramadan, saya Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, ingin memberi pencerahan tentang posting yang tular pada 1 Mei baru-baru ini oleh adik saya, Muzaffar yang mana beliau telah membuat satu kenyataan yang meny1nggung perasaan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita.

“Saya juga terk3san dengan posting tersebut. Saya juga m4rah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditokok tambah oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya,” ujarnya.

Paparan skrin video permohonan maaf yang dikongsi.

Mohamed Faroz membuat permohonan maaf itu menerusi satu posting video yang dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Jakel pada Ahad malam.

Dalam video sama, dia turut menjelaskan identiti seorang wanita dikenali sebagai Nor Lizah yang turut membuat posting mengh1na orang Melayu dan mempertahankan jenama itu.

“Contohnya posting Nor Lizah yang mana beliau mengvtuk, mengh1na, mem4ki h4mun orang Melayu kita dan beliau tiada kena mengena dengan keluarga Jakel mahupun dengan rangakaian Jakel.

 

Saya juga terk3san dengan posting tersebut. Saya juga m4rah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham.

DATUK MOHAMED FAROZ MOHAMED JAKEL

PENGARAH URUSAN KUMPULAN JAKEL

“Jadi saya sebagai pengarah kumpulan mewakili seluruh kakitangan dan keluarga Jakel ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi orang Melayu kita yang tersinggung dan terkecil hati dengan statement yang telah dilakukan adik saya.

“Memang tidak ada niat untuk menghina dan merendahkan orang Melayu kita. Jakel berjaya naik dan berjaya menjadi sebuah gedung yang terkenal adalah dengan sokongan seratus peratus orang Melayu kita juga.

“Jadi masakan saya mengh1na orang Melayu dan tidak tergamak dan tidak terfikir oleh akal fikiran manusia untuk mengh1na pelanggan kami yang mana pelanggan memberi kami rezeki dengan izin Allah,” ujarnya.

Posting Muzaffar Jakel yang tular dan dik3cam netizen.

Mohamed Faroz dalam video sama berharap masyarakat di luar sana agar terus menyokong jenama tersebut dan mengakui berasa sedikit emosi dalam hal berkenaan.

Malah, dia mendedahkan cukup kec3wa dan sed1h atas apa yang berlaku itu.

Pada 1 Mei lalu, Muzaffar Jakel menerusi Instagram Story miliknya seolah-olah memperl3keh orang Melayu apabila ramai yang mempertikaikan pembukaan gedung itu pada 4 Mei.

Posting seorang lagi individu yang mencetus rasa m4rah netizen.

“Kesian aku dengan orang Melayu. SOP (prosedur operasi standard) bahasa Melayu pun tak pandai baca, ‘ tulisnya.

Setelah dikec4m, dia turut membuat permohonan maaf di Instagram.

Salam Ramadhan. Admin kongsikan video permohonan maaf dari Datuk Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Sesungguhnya yang baik pasti datang dari Allah dan yang buruk pasti datang dari hambaNya.Diharapkan semoga seluruh masyarakat yg terkesan memaafkan kekhilafan Pengurusan Jakel

Posted by Jakel on Sunday, May 3, 2020

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Saya juga mar4h” – MD Kumpulan Jakel mohon maaf isu posting IG adiknya perl3keh orang Melayu kerana tidak faham erti SOP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*