G4dis tangan berseni ‘dibvru’ ibu pes4kit k4nser 3 hari sebelum hari lahir anaknya… teringat kisah s4yu rakan, Nurul Aina tak sampai hati kata tidak

SEPANJANG hampir empat tahun berkhidmat di outlet restoran terkenal, Secret Recipe, pelbagai dekorasi kek yang telah dihasilkan oleh wanita ini sepertimana permintaan pelanggan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bukan sekadar dekorasi biasa, tetapi kelebihan tangan berseni yang dimiliki wanita ini ibarat satu anugerah tidak ternilai kerana dia mampu menghasilkan lukisan di atas kek termasuk wajah, watak kartun animasi dan sebagainya.

Bakat dan kemahiran wanita bernama Nurul Aina Abu Bakar ini mula menjadi tular sekitar Ogos 2020 selepas ia dikongsikan seorang pelanggan di media sosial, malah mStar turut menyiarkan kisahnya menerusi segmen viral.

Sejak bakat dan kemahirannya menjadi sebutan ramai, Nurul Aina ibarat tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan sentuhannya.

Jika melihat setiap perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok dan Instagram, tidak hairanlah ramai yang ‘membvrunya’ kerana dekorasi dan lukisan yang dihasilkan begitu cantik dan kemas sehingga memikat hati pelanggan.

Dalam salah satu video terbaharunya di aplikasi TikTok, Nurul Aina berkongsi sentuhannya ketika menyiapkan tempahan seorang ibu yang mahu menghadiahkan kek buat anak remajanya yang juga penghidap k4nser.

Meraih sehingga hampir 300,000 jumlah tontonan dalam tempoh kurang 24 jam dimuat naik, video tersebut menarik perhatian warganet bukan sahaja kerana kecantikan dekorasinya, tetapi kisah di sebalik tempahan pelanggan yang begitu mervntun hati.

Antara dekorasi kek hasil sentuhan tangan Aina sepanjang berkhidmat di Secret Recipe.

“Saya dapat mesej daripada seorang wanita yang mahu saya buat dekorasi watak anime untuk kek hari jadi anak lelakinya. Dia mesej Khamis baru-baru ini, dan beritahu majlis hari jadi anaknya jatuh hari Sabtu.

“Saya pun beritahu, saya tidak lagi bekerja di Secret Recipe. Namun dia sekadar cuba bertanya mana tahu kalau saya boleh buat. Saya tak sampai hati nak menolak.

“Sebab, saya ada seorang kawan bekerja di hospital. Dia cerita, ada pes4kit k4nser kanak-kanak nak makan pizza tapi ibunya tak dapat sediakan. Lebih tidak disangka, beberapa jam kemudian kanak-kanak itu men1ngg4l dvnia.

Sijil penghargaan yang diterima daripada Secret Recipe.

“Saya tak mahu jadi macam tu. Jadi hari Jumaat selepas habis kerja, saya beli kek dan kelengkapan dekorasi, dan hari Sabtu, pelanggan itu datang ambil. Wajahnya masa ambil kek tu sebak sebab tak sangka saya sanggup ambil tempahan walaupun dah kerja di tempat lain,” kata wanita berusia 25 tahun ini.

Berkongsi perkembangan terbaharunya, Nurul Aina berkata dia kini berkhidmat dengan sebuah kafe berkonsepkan makanan Korea di Damansara Perdana.

Sebenarnya berat hati nak berhijrah, namun tempoh hampir empat tahun timba pengalaman di Secret Recipe membuatkan saya mahu kembangkan bakat.

NURUL AINA ABU BAKAR

“Sudah sebulan saya bekerja di tempat baru. Saya masih lagi dengan pengkhususan yang sama iaitu di bahagian ‘cake decorator’.

“Sebenarnya berat hati nak berhijrah, namun tempoh hampir empat tahun timba pengalaman di Secret Recipe membuatkan saya mahu kembangkan bakat dan keluar dari zon selesa.

“Saya mahu teroka pengalaman dan benda baru. Saya nak asah lagi bakat dan belajar perkara baru,” ujar graduan jurusan Pengurusan Hotel dan Katering dari sebuah insititusi pengajian tinggi awam ini.

Aina (tengah) kini berkhidmat di bahagian ‘cake decorator’ di sebuah kafe Korea.

Tidak menyangka perkongsiannya sekali lagi menjadi tular, Nurul Aina berkata dia terharu apabila menerima pujian serta kata-kata semangat daripada warganet.

“Ada satu komen tu, dia ucap terima kasih kerana tunaikan permintaan ibu kepada pes4kit k4nser itu. Seb4k saya rasa.

“Mungkin kita rasa apa yang kita lakukan ni biasa-biasa saja, tapi cukup memberi seribu kegembiraan untuk yang lain. Mungkin ia jadi asbab untuk seseorang itu cepat sihat dan lebih bersemangat,” katanya lagi.

Komen netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Mstar

 

Be the first to comment on "G4dis tangan berseni ‘dibvru’ ibu pes4kit k4nser 3 hari sebelum hari lahir anaknya… teringat kisah s4yu rakan, Nurul Aina tak sampai hati kata tidak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*