“I Tetap Akan Sayang You Ok”- Dini Azan Schatzmann

Baru-baru ini kecoh tentang pasangan kekasih selebriti iaitu Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann yang didakwa putus cinta selepas beberapa muat naik Janna Nick dan tindakannya membuatkan ramai tertanya-tanya tentang hubungan cinta mereka yang telah terjalin beberapa tahun lalu.

Berita tersebut cukup mengundang rasa keliru peminat dan berharapkan Janna Nick yang difahamkan bercuti seorang diri untuk healing kembali semula dan Dini Azan Schatzmann pula diminta peminat untuk memujuknya.

Peminat harap kembali baik

Meskipun begitu, selepas sekian lama tidak memuat naik sebarang posting diruangan Instagram, perkongsian terbaharu Dini Azan Schatzmann beberapa jam yang lalu menjadi tumpuan peminat dan warganet untuk bertanyakan tentang hubungannya dengan Janna Nick.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dini Schatzmann (@dinischatzmann)

Dini Azan Schatzmann bagaimanapun menulis kapsyen, “I tetap akan sayang you ok” besertakan memuat naik tentang sebuah telefilem baharu berjudul Secret Admirer yang ditayangkan 26 November dan dia dilihat bergandingan dengan Janna Nick. Dalam muat naik video dikongsikan Dini Azan Schatzmann, ia merupakan dialog dalam telefilem tersebut.

Namun begitu, kapsyen “I tetap akan sayang you ok” ditulis Dini Azan Schatzmann terbabit mendapat pelbagai komen ramai. Meskipun ada yang berpendapat ia sekadar prank untuk telefilem baharu mereka tetapi kebanyakannya juga mengharapkan mereka berbaik semula.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "“I Tetap Akan Sayang You Ok”- Dini Azan Schatzmann"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*