“Orang Tanya Kenapa Ustaz Buat Semua Ni? Nak Allah Sayang”

Sejak penul4ran wab4k cov1d-19 di Malaysia, pend4kwah bebas Ustaz Ebit Lew antara individu yang tidak berhenti menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan serta mereka yang memerlukan.

Malah, perkongsiannya di media sosial tidak pernah lekang dengan sikap pemurahnya dalam membantu golongan yang sedang kesempitan. Bantuan yangnya sememangnya tidak dapat dibalas, hanya ucapan terima kasih dan doa yang sering berikan oleh rata-rata netizen.

Menerusi perkongsian terbarunya di Facebook, Ustaz Ebit berkongsikan kisah hidupnya yang sebelum ini susah sehinggakan dia sering tidur di masjid. Ustaz Ebit turut menceritakan mengenai penat lelah yang dihadapi sepanjang melakukan d4kwah dan membantu golongan susah.

Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur perniagannya dimurahkan rezeki sehingga dapat membuat 3 buah cawangan. Ujarnya, dia kini mempunyai 56 orang kakitangan dan semuanya cuti bergaji meskipun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ustaz Ebit mengatakan, dia mula menjinakkan diri dalam kerja khidmat masyarakat seawal usia 12 tahun dan melakukan kerja d4kwah. Ujarnya, cita-citanya semenjak dari kecil adalah mahu belajar akhlah Nabi SAW dan mahu menyambung usaha Nabi SAW.

Ustaz Ebit mengakui saat cov1d-19 menular di negara kita benar-benar membuatkan dia seb4k dan risau. Katanya lagi, waktu inilah dia mahu menggunakan sebanyak mungkin rezeki dan tenaga yang diberikan Allah kerana baginya dirinya, harta dan masa adalah milik Allah.

Perkongsian Ebit itu membuatkan ramai dalam kalangan warganet tersentuh hati dan sebak. Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan kesihatan Ebit Lew dan menyokong usahanya membantu golongan memerlukan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment on "“Orang Tanya Kenapa Ustaz Buat Semua Ni? Nak Allah Sayang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*