“Hahaha pandai husband tu berlakon sekali. Amboi”

Di musim kuarantin ini, ramai mulai mengambil langkah dengan berkerja dari rumah dan pelakon jelita, Emma Maembong juga dilihat melakukan hal yang sama apabila dia berkongsi satu video mempromosikan satu produk.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian ramai dalam video dimuat naik Emma Maembong menerusi laman sosial peribadinya apabila kelihatan juga suaminya, Muhammad Shazli.

Umum diketahui, suami kepada pelakon terkenal ini merupakan seorang juruterbang jadi tidak mustahillah mengapa suaminya itu lebih menjadi perhatian ramai peminat dan pengikut Emma Maembong.

Ini kerana, menerusi video itu suami selebriti ini juga dilihat berlakon bersamanya dan ternyata, video dikongsikan mendapat pelbagai respon positif ramai.

Melalui video berkenaan juga membuatkan peminat pasangan ini turut terhibur apabila dapat melihat pasangan sweet ini berlakon bersama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

need the extra energy? say no more…we got u @yobickmalaysia ❤️ #prebiotic #yobickmalaysia #brandfromjapan

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Ternyata setelah berkongsikan video itu dilaman sosial Instagram miliknya selain video meraih ribuan tontonan yang sudah mencecah lebih 480,000 views, husband Emma Maembong juga dipuji kerana pandai berlakon selain ada juga peminat mendoakan yang terbaik buat rumah tangga pasangan disukai ramai ini.

“Hahahahaha Syazli nya muka…”

“Hahaha pandai husband tu berlakon sekali…”

“Stay strong pada yang single” 

Emma Maembong dan jejaka pilihannya itu memilih untuk menghalalkan hubungan pada 20 Februari lalu, dia selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Muhammad Shazli.

Sumber: Instagram Emma Maembong

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HCL

Be the first to comment on "“Hahaha pandai husband tu berlakon sekali. Amboi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*