Sejak beberapa hari, satu video seorang wanita tular dilaman sosial apabila dia berkongsi tentang beberapa kesilapan dalam Bahasa Inggeris.
Buat yang sudah biasa dengan beberapa perkataan ini, pastinya selama ini kita merasa sebutan digunakan betul namun rupanya ada beberapa perkataan dimana menunjukkan sebutan perkataan yang sering disalah sebut.
Antara yang dikongsi sebutan yang betul wanita ini adalah beberapa perkataan seperti determine, plumber, liaise, salmon dan archive. Video berdurasi lebih dua minit ini walau bagaimanapun mendapat perhatian ramai.
Selain video perkongsian dilaman Instagram Sinar ini mendapat lebih 60,000 tontonan, ianya juga mendapat pelbagai respon ramai dan ada netizen juga berterima kasih dengan ilmu dikongsikan wanita ini dalam membetulkan sebutan beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris.
Pun begitu, apa yang mencuit hati pengguna media sosial apabila Jep Sepahtu yang juga merupakan seorang penyampai radio Sinar turut meninggalkan reaksinya menerusi perkongsian video berkenaan.
Komen Jep di perkongsian video berkenaan pula curi tumpuan ramai
Bertanyakan soalan melalui video yang dikongsikan itu membuat komen pelawak terkenal ini lebih menjadi perhatian peminat dan netizen apabila rata-rata mereka sempat mengusiknya.
Ada yang ‘tag’ laman akaun Instagram isterinya, Sari Yanti dan ada juga yang berseloroh dengan komen yang ditinggalkan Jep Sepahtu sehinggakan komennya itu mendapat ratusan tanda suka.
“Aku tolong tag kan…”
“Sori kak Sari Yanti, saya terhack IG bang Jep tadi…”
Sumber: Instagram Sinar, Phoebeshafinaz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily
sumber: HCL
Be the first to comment on "Gara2 tinggal komen di video ini, Jep disakat netizen- “Sari tengok…”"