Drama bersiri terbaru Akasia, Bukan Gadis Biasa telah mendapat perhatian meluas daripada penonton setia drama tempatan meski baru 2 episod ditayangkan.
Bersiaran di TV3, rata-ratanya memberi reaksi baik terhadap lakonan Ayda Jebat, Remy Ishak, Sheila Rusly dan ramai lagi itu.
Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly misalnya, ada berkongsi foto yang memaparkan komen mengenai lakonannya menerusi drama terbabit.
Rata-rata netizen meluahkan rasa m4rah dan ger4m apabila menonton watak Opah Aminah yang dilakonkan ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Ada sesiapa rasa nak tampo Opah? Sabo!! Esuk ep 3 komer #bukangadisbiasa #opahaminah #tv3malaysia #jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Pada masa sama, peminat turut memberi pujian terhadap lakonan Sheila yang sangat hebat dan cukup re4listik.
Drama sebanyak 28 episod itu bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3.
Foto: Instagram Sheila Rusly
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily
sumber: MH
Be the first to comment on "“Rasa Nak Tamp0r Si Opah Ni,” – Drama Bukan Gadis Biasa Kini Trending, Lakonan Sheila Rusly ‘Pancing’ Perhatian!"