Rita Rudaini Luah Rasa Syukur Anak Imamkan Solat Terawih

Berkongsikan gambar bersama dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selepas selesai menunaikan solat sunat terawih pertama Khamis lalu, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur.

Menerusi perkongsian itu, Rita turut bersyukur apabila masih diberi peluang untuk beribadah dan berharap agar umat Islam mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Rita juga memberitahu anak sulungnya mengimamkan solat sunat terawih mereka.

Sebelum ini, Rita juga dilihat banyak berkongsikan beberapa aktiviti harian anaknya yang berusia 11 dan sembilan tahun itu yang banyak meluangkan masa dengan mengaji al-Quran. Malah, Rita juga turut serta kelas mengaji secara online bagi memperbetulkan bacaan tajwidnya juga.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan pelakon itu sangat beruntung kerana memiliki anak-anak yang soleh dan minat untuk mempelajari Al-Quran.

Malah, netizen turut memuji cara didikan Rita meskipun seorang ibu tunggal tetapi mampu membimbing anak-anak di jalan agama dengan baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Rita Rudaini Luah Rasa Syukur Anak Imamkan Solat Terawih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*