Bella Astillah mengaku rujvk ketika dalam ed4h, kini sedang h4mil – “Saya taw4kal dan hanya mampu merancang”

PENYANYI Bella Astillah mengesahkan dia dan Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam ed4h.

Bella menerusi Instagram turut mengakui dirinya kini sedang h4mil.

“Ya saya (berbadan dua) doakan Bella tau”

Bella membalas komen netizen yang bertanyakan mengenai hubungannya dengan Aliff.

“Alhamdulillah masih dalam ed4h lagi (rujuk) jadi tak perlu kahwin semula” ujarnya menjawab beberapa soalan netizen.

Rabu lalu, Bella memberi bayangan hubungannya dengan penyanyi Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri.

Menerusi temu bual bersama radio Suria FM, penyampai segmen Suria Petang Tyzo dan Sharifah Shahirah bertanyakan khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff.

 

Alhamdulillah masih dalam ed4h lagi (rujuk) jadi tak perlu kahwin semula

BELLA ASTILLAH

PENYANYI

Bagaimanapun, penyanyi lagu Tenang ini hanya mendiamkan diri.

Sementara itu, menjawab komen netizen tentang perangai Aliff Aziz yang sering menimbulkan pelbagai masalah, Bella berkata, dia hanya bertaw4kal kepada Allah.

“Itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu, saya jalani, taw4kal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan”

“Kenangan p4hit akan jadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa, ” ujar Bella.

Bella dan Aliff mempunyai seorang anak lelaki, Ayden.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk berc3rai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali k4ntoi berlaku cur4ng.

Untuk makluman, tempoh ed4h perlu dijalani seseorang wanita iaitu sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan selepas berc3rai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Mstar

Be the first to comment on "Bella Astillah mengaku rujvk ketika dalam ed4h, kini sedang h4mil – “Saya taw4kal dan hanya mampu merancang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*